Program Pameran Internasional Office

Program Pameran Internasional Office

Berita 2 menit baca 250 kali dilihat

Khamis, 12 Desember 2024 | 8:00am – 4:00 pm

Pada pagi ini, mahasiswa antarabangsa dari Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin (UIN STS) Jambi, yang berasal dari Malaysia dan Thailand telah mengikuti program Pameran International Office. Pameran International Office ini biasanya merujuk kepada acara yang dianjurkan oleh pejabat hubungan antarabangsa universiti atau institusi pendidikan untuk memperkenalkan peluang, program, dan kerjasama global kepada para pelajar dan pihak berkepentingan.

Pameran International Office adalah platform yang dianjurkan untuk mempromosikan program pendidikan antarabangsa, mobiliti pelajar, serta kolaborasi akademik antara institusi tempatan dan luar negara. Acara ini memberikan maklumat komprehensif tentang peluang belajar di luar negara, program pertukaran pelajar, biasiswa, serta kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pejabat hubungan antarabangsa.

Objektif Utama Pameran ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi Pendedahan kepada Budaya Antarabangsa iaitu selain akademik, pameran ini mempamerkan kepelbagaian budaya dari negara-negara rakan kongsi melalui persembahan, pameran seni, dan interaksi dengan pelajar antarabangsa.

Seterusnya, Jaringan Antarabangsa

Pameran ini menyediakan ruang untuk pelajar, fakulti, dan institusi luar negara membina jaringan kerjasama serta bertukar pandangan tentang peluang pendidikan dan penyelidikan global.

Pengisian Pameran:

• Booth pameran dari universiti antarabangsa dan organisasi pendidikan.

• Sesi perkongsian pengalaman oleh alumni dan pelajar yang pernah mengikuti program mobiliti atau belajar di luar negara.

• Aktiviti interaktif seperti kuiz, forum akademik, dan sesi bimbingan kaunseling kerjaya antarabangsa.

Kepentingan Pameran:

Melalui pameran ini, pelajar dan peserta bukan sahaja mendapat informasi terkini tentang peluang global, tetapi turut diberi inspirasi dan keyakinan untuk melibatkan diri dalam persekitaran pendidikan antarabangsa yang lebih meluas.

Sekian, terima kasih

 

Setiausaha / Timbalan Setiausaha

International Student Sesi 2024/2025.

Doni Pirdaus

Editor website LPPM

Lihat semua artikel →

Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

© 2026 LPPM UIN STS Jambi. All Rights Reserved.