Laporan Gabungan Perlawanan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI)

Berita 2 menit baca 295 kali dilihat
Laporan Gabungan Perlawanan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI)

Sabtu, 02 November 2024 | 6:30 pagi

Pada pagi ini, mahasiswa antarabangsa dari Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin (UIN STS) Jambi, yang berasal dari Malaysia, telah berangkat ke Angkasa Badminton Centre di Pekanbaru. Kehadiran mereka adalah untuk menyaksikan dan memeriahkan perlawanan sukan antara Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) dalam merebut Piala Duta Besar (DUBES) Malaysia 2024.

Perlawanan badminton ini disertai wakil-wakil dari beberapa wilayah seperti Jambi, Aceh, Palembang, Padang, dan Pekanbaru. Di samping itu, pertandingan futsal kategori lelaki turut diadakan serentak, menjadikan suasana penuh meriah dan bersemangat. Aktiviti sukan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan tetapi juga mengeratkan hubungan antara pelajar.

Perlawanan badminton berlangsung sehingga malam untuk menentukan juara bagi tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam pertandingan PKPMI Piala Duta Besar (DUBES) Malaysia 2024. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan!

Senarai Nama Atlet dan Pemenang Pertandingan

Badminton Individu Lelaki
– Peserta:
– Muhammad Haiqal Zafran bin Roshdi
– Muhamad Jamil bin Mat Isa
– Pemenang:
– Juara 1: PKPMI Pekanbaru
– Juara 2: PKPMI Aceh
– Juara 3: PKPMI Padang

Badminton Individu Wanita
– Peserta:
– Siti Nuraishah binti Rahidi
– Farrah Adibah binti Samsu
– Pemenang:
– Juara 1: PKPMI Padang
– Juara 2: PKPMI Palembang B
– Juara 3: PKPMI Palembang A

Badminton Regu Lelaki
– Peserta:
– Hafiz bin Ruddy
– Muhammad Khairul Asfani bin Bakri
– Ahmad Hafizullah bin Mohd Nazmi
– Syahmi Hariz bin Shuhaimi
– Pemenang:
– Juara 1: PKPMI Pekanbaru A
– Juara 2: PKPMI Pekanbaru B
– Juara 3: PKPMI Padang

Badminton Regu Wanita
– Peserta:
– Nur Amira Athira binti Jamaluding@Jamal
– Wiwi binti Tahir
– Hafizah binti Ruddy
– Fatin Aliya binti Mohd Ali
– Pemenang:
– Juara 1: PKPMI Jambi A
– Juara 2: PKPMI Jambi B
– Juara 3: PKPMI Pekanbaru

Semangat berpasukan dan daya juang yang ditonjolkan sepanjang acara ini diharapkan menjadi inspirasi dalam tugas harian di organisasi masing-masing. Melalui aktiviti sukan, kesihatan fizikal dan mental bukan sahaja dapat dipertingkatkan, malah nilai persahabatan dan kekompakan dalam kalangan pelajar turut dapat diperkukuhkan.

Editor: Doni Pirdaus

Doni Pirdaus

Saya adalah seorang Editor website LPPM.

Lihat semua artikel →

© 2026 LPPM UIN STS Jambi. All Rights Reserved. UTIPD 2026.