Majlis Perasmian Pembukaan Piala Duta Besar (DUBES) 2024
Jumaat, 01 November 2024 | 19:00 PM
Mahasiswa antarabangsa Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin (UIN STS) Jambi yang berasal dari Malaysia telah berangkat petang ini ke Grand Ubud Residence, Pekanbaru, untuk menghadiri majlis perasmian pembukaan Piala Duta Besar (DUBES) Malaysia 2024.
Acara anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Malaysia ini berlangsung dengan meriah dan penuh semangat. Majlis ini turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, para pemain, jurulatih, serta peminat sukan dari kedua-dua negara. Terdapat juga perarakan yang diwakili oleh tiga orang daripada setiap kumpulan, seperti Jambi, Padang, Aceh, Palembang, dan Pekanbaru.
Penganjuran acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar Malaysia dan Indonesia di perantauan, sambil memupuk budaya kesukanan dan semangat kerjasama.
Dengan semangat kesukanan yang berkobar-kobar serta sokongan padu daripada semua pihak, Piala DUBES 2024 dijangka menjadi platform terbaik untuk memupuk perpaduan dan mempamerkan bakat sukan pelajar Malaysia di Indonesia. Penganjur berharap agar acara ini menjadi tradisi tahunan yang memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara.
Editor: Doni Pirdaus